Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), atau Charity Foundation of Southeast Asia, diperbadankan pada 28 April 1995. YAKIN menaungi Kumpulan Pendidikan Kiblah di Kompleks Pendidikan YAKIN, Jenderam Hulu, Sepang: sebuah sekolah menengah berasrama, maahad tahfiz, program Sanawi dan kolej kemahiran.
Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), the Charity Foundation of Southeast Asia, was incorporated on 28 April 1995. It runs the Kiblah education group at Kompleks Pendidikan YAKIN, Jenderam Hulu, Sepang: a boarding secondary school, a tahfiz institute, a Sanawi programme and a skills college.
Misi kami mudah: melahirkan huffaz yang juga berjaya dalam akademik dan kerjaya. Pelajar menghafaz al-Quran sambil mengikuti KSSM, pengajian agama dalam bahasa Arab, tarbiah dan latihan kemahiran bertauliah.
Our mission is simple: to raise huffaz who also succeed academically and professionally. Students memorise the Quran while following the KSSM syllabus, religious studies taught in Arabic, character education and accredited skills training.
Kaedah hafazan Kiblah dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang mengkaji kaedah tahfiz dari Pakistan, India, Mesir, Yaman dan Arab Saudi, lalu menyepadukannya menjadi satu model yang sesuai dengan sistem pendidikan Malaysia.
Kiblah's memorisation method was built by a committee that studied tahfiz methods from Pakistan, India, Egypt, Yemen and Saudi Arabia, then combined them into one model suited to Malaysian schooling.