Berdaftar dengan SSM:Registered with SSM: 199501012769 (341971-W) Derma layak potongan cukai LHDN:Donations are tax-deductible (LHDN): LHDN.01/35/42/51/179-6.4482
Yayasan Kebajikan NusantaraCharity Foundation of Southeast Asia
SumbangDonate

Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN)Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN)

Membina generasi huffaz profesionalRaising a generation of professional huffaz

Sejak lebih 30 tahun, Kumpulan Pendidikan Kiblah di Sepang menggabungkan hafazan al-Quran, akademik KSSM dan latihan kemahiran. Sumbangan anda membantu pelajar daripada keluarga B40 dan pelajar dari rantau Nusantara meneruskan pengajian mereka.

For more than 30 years, the Kiblah education group in Sepang has combined Quran memorisation, the national KSSM curriculum and skills training. Your gift helps students from low-income families and from across Southeast Asia stay in school.

  • Yayasan berdaftar sejak 1995Registered foundation since 1995
  • Derma layak potongan cukaiTax-deductible donations
  • Bayaran terus ke akaun yayasanPaid straight to the foundation
Pelajar lelaki dalam halaqah hafazan bersama guru di Maahad Tahfiz Kiblah
Halaqah hafazan di Maahad Tahfiz Kiblah, Jenderam HuluA memorisation circle at Maahad Tahfiz Kiblah, Jenderam Hulu
30+tahun mendidik sejak 1993years of teaching since 1993
~30,000alumnialumni
186huffaz baharu pada 2024–2025new huffaz in 2024–2025
73pelatih bertauliah SKM Tahap 3 Pengajaran Tahfiztrainees certified in tahfiz teaching (SKM Level 3)

Pengasas dan kepimpinanFounders and leadership

Diasaskan oleh tokoh yang membina institusi negaraFounded by people who built the nation's institutions

Kiblah lahir daripada visi dua tokoh pendidikan dan perkhidmatan awam. Salah seorang daripada mereka masih mempengerusikan YAKIN hingga hari ini.Kiblah grew from the vision of two leaders in education and public service. One of them still chairs YAKIN today.

Tan Sri Dato' Dr. Hashim Meon
Pengasas dan Pengerusi YAKINFounder and Chairman, YAKIN

Tan Sri Dato' Dr. Hashim Meon

  • Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri SelangorFormer State Secretary of Selangor
  • Bekas Ketua Setiausaha Kementerian PertahananFormer Secretary-General, Ministry of Defence
  • Bekas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)Former Chairman, Selangor Islamic Religious Council (MAIS)
  • Bekas Pengerusi Perbadanan Wakaf Nasional (2015–2022)Former Chairman, Perbadanan Wakaf Nasional (2015–2022)
Allahyarham Tan Sri Dato' Ainuddin Abdul Wahid
PengasasFounder

AllahyarhamThe late Tan Sri Dato' Ainuddin Abdul Wahid

  • Naib Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia (1975–1989)First Vice-Chancellor of Universiti Teknologi Malaysia (1975–1989)
  • Menggagaskan falsafah asal UTM, "Untuk Tuhan dan Manusia"Shaped UTM's founding motto, "For God and Mankind"
  • Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid di UTM dinamakan sempena beliauThe Tan Sri Ainuddin Wahid Mosque at UTM bears his name
Dr. Ismail bin Omar
Pengarah Eksekutif YAKINExecutive Director, YAKIN

Dr. Ismail bin Omar

  • Menerajui operasi harian Kumpulan Pendidikan KiblahLeads the day-to-day running of the Kiblah education group
  • Pengerusi Sanawi Kiblah dan Sri KiblahChairman of Sanawi Kiblah and Sri Kiblah
  • Pengarah Kiblah Academy of Tadabbur Al-QuranDirector, Kiblah Academy of Tadabbur Al-Quran
2017Anugerah Apresiasi disempurnakan oleh Menteri Pendidikan ketika ituAppreciation award presented by the then Minister of Education
2020Taklimat program Kiblah kepada tetamu kenamaan dalam dan luar negaraKiblah's programmes presented to local and foreign dignitaries
Mac 2026March 2026Pengerusi MAIS menyampaikan sijil tamat hafazan 30 juzukThe MAIS chairman presented 30-juz memorisation certificates
Universiti Islam MadinahIslamic University of MadinahMengiktiraf kurikulum agama KiblahRecognises Kiblah's religious curriculum

Mengapa sekarangWhy now

Keluarga yang paling memerlukan semakin tercicirThe families who need us most are being left behind

Sejak COVID-19 dan kelembapan ekonomi, ramai keluarga tidak lagi mampu menghantar anak mereka ke Kiblah.Since COVID-19 and the economic slowdown, many families can no longer afford to send their children to Kiblah.

600 → 300

pelajarstudents

Kapasiti untuk 600 pelajar, kini sekitar 300: separuh kerusi kosong kerana kos.Room for 600 students, now about 300: half the places are empty because of cost.

40% B40

pelajar pada masa dahuluof students in the past

Kini 70% pelajar datang daripada keluarga M40. Keluarga B40 semakin sukar menanggung kos.Today 70% come from middle-income (M40) families. Low-income families struggle to keep up.

RM350 → RM750

yuran sebulan, 2006 dan kinimonthly fee, 2006 vs today

Masih berpatutan untuk sekolah berasrama penuh, tetapi di luar kemampuan keluarga miskin.Still modest for a boarding school, but out of reach for poor families.

Tajaan anda membuka semula kerusi ini kepada pelajar yang paling memerlukan.Your sponsorship reopens these places to the students who need them most.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.""The best of you are those who learn the Quran and teach it."

Riwayat al-BukhariNarrated by al-Bukhari

Setiap pelajar yang anda taja akan mengajarkan al-Quran kepada orang lain pula. Itulah sedekah jariah: pahalanya terus mengalir lama selepas sumbangan dibuat.Every student you sponsor will go on to teach the Quran to others. That is sadaqah jariyah: its reward keeps flowing long after the gift is made.

Pilih pakej tajaanChoose a package

Cara anda boleh membantuHow you can help

Pilih pakej tajaanChoose a sponsorship package

Biasiswa menanggung yuran penuh; dermasiswa menanggung separuh, dan keluarga membayar separuh lagi.A scholarship (biasiswa) covers the full fee; a bursary (dermasiswa) covers half, and the family pays the rest.

Sahabat Kiblah

RM10–RM100 sebulana month

Derma bulanan untuk dana am pelajar yang memerlukan. Sesuai untuk individu dan keluarga.A monthly gift to the general fund for students in need. Ideal for individuals and families.

Dermasiswa 50:50Half bursary

RM4,500 setahuna year

Separuh yuran seorang pelajar (RM375 sebulan); keluarga membayar selebihnya.Half of one student's fees (RM375 a month); the family pays the rest.

Paling bermaknaMost impact

Biasiswa penuhFull scholarship

RM9,000 setahuna year

Yuran penuh seorang pelajar selama setahun (RM750 × 12 bulan).One student's full fees for a year (RM750 × 12 months).

Hafiz hingga khatamOne hafiz to completion

RM36,000 4 tahun4 years

Biasiswa penuh untuk seorang pelajar sepanjang Tahfiz 1 hingga 4, sehingga tamat 30 juzuk.A full scholarship through Tahfiz 1 to 4, until all 30 juz are memorised.

Pelajar antarabangsaInternational student

RM10,800 setahuna year

Yuran penuh pelajar dari Filipina, Kemboja dan negara Nusantara lain (RM900 sebulan). Dermasiswa 50:50: RM5,400.Full fees for a student from the Philippines, Cambodia or elsewhere in the region (RM900 a month). Half bursary: RM5,400.

Korporat dan CSRCorporate and CSR

RM90,000 satu kelasone class

Biasiswa penuh 10 pelajar setahun, atau projek kemudahan seperti asrama dan kenderaan dengan pengiktirafan nama penaja.Full scholarships for 10 students for a year, or a named facility project such as a hostel or vehicle.

Jumlah berdasarkan yuran semasa: RM750 sebulan untuk pelajar tempatan dan RM900 untuk pelajar antarabangsa. Ingin menyalurkan zakat atau wakaf? Hubungi kami dahulu supaya ia disalurkan mengikut syarat yang betul.Amounts are based on current fees: RM750 a month for local students and RM900 for international students. Giving zakat or waqf? Please contact us first so it is channelled correctly.

Cara menyumbangHow to donate

Tiga langkah mudahThree simple steps

Tentang kamiAbout us

Yayasan di sebalik Kumpulan Pendidikan KiblahThe foundation behind the Kiblah education group

Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), atau Charity Foundation of Southeast Asia, diperbadankan pada 28 April 1995. YAKIN menaungi Kumpulan Pendidikan Kiblah di Kompleks Pendidikan YAKIN, Jenderam Hulu, Sepang: sebuah sekolah menengah berasrama, maahad tahfiz, program Sanawi dan kolej kemahiran.

Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), the Charity Foundation of Southeast Asia, was incorporated on 28 April 1995. It runs the Kiblah education group at Kompleks Pendidikan YAKIN, Jenderam Hulu, Sepang: a boarding secondary school, a tahfiz institute, a Sanawi programme and a skills college.

Misi kami mudah: melahirkan huffaz yang juga berjaya dalam akademik dan kerjaya. Pelajar menghafaz al-Quran sambil mengikuti KSSM, pengajian agama dalam bahasa Arab, tarbiah dan latihan kemahiran bertauliah.

Our mission is simple: to raise huffaz who also succeed academically and professionally. Students memorise the Quran while following the KSSM syllabus, religious studies taught in Arabic, character education and accredited skills training.

Kaedah hafazan Kiblah dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang mengkaji kaedah tahfiz dari Pakistan, India, Mesir, Yaman dan Arab Saudi, lalu menyepadukannya menjadi satu model yang sesuai dengan sistem pendidikan Malaysia.

Kiblah's memorisation method was built by a committee that studied tahfiz methods from Pakistan, India, Egypt, Yemen and Saudi Arabia, then combined them into one model suited to Malaysian schooling.

Perjalanan kamiOur journey

  1. 1993Bermula sebagai Institut Kiblah di Tanjung Kling, Melaka, dengan 12 pelajar.Began as Institut Kiblah in Tanjung Kling, Melaka, with 12 students.
  2. 1994Berpindah ke Pedas, Negeri Sembilan, sebagai Kolej Kiblah.Moved to Pedas, Negeri Sembilan, as Kolej Kiblah.
  3. 1995YAKIN diperbadankan; sekolah berpindah ke Sungai Merab, Bangi.YAKIN incorporated; the school moved to Sungai Merab, Bangi.
  4. 1997Maahad Tahfiz Kiblah dibuka dengan seorang guru tahfiz dan 15 pelajar.Maahad Tahfiz Kiblah opened with one tahfiz teacher and 15 students.
  5. 2017Program Fastrack SPM untuk pelajar tahfiz dan homeschool.Fastrack SPM launched for tahfiz and homeschooled students.
  6. 2020Kolej Profesional Kemahiran Kiblah mula beroperasi.Kolej Profesional Kemahiran Kiblah opened.
  7. 2024Bangunan baharu siap di kampus; pembangunan kampus diteruskan hingga 2030.A new building opened on campus; campus development continues to 2030.
  8. KiniTodayKompleks Pendidikan YAKIN, Jenderam Hulu, Sepang.Kompleks Pendidikan YAKIN, Jenderam Hulu, Sepang.
Bangunan Kompleks Pendidikan YAKIN di Jenderam Hulu

Institusi kamiOur institutions

Satu kampus, empat laluanOne campus, four paths

Setiap pelajar diberi hala tuju, sama ada akademik, hafazan, pengajian Arab atau kemahiran.Every student gets a path forward: academic, memorisation, Arabic studies or vocational skills.

Logo Sekolah Kiblah

Sekolah Kiblah

Tingkatan 1 hingga 5, berasrama penuh untuk pelajar lelaki dan perempuan. KSSM bersama Kurikulum YAKIN: pengajian agama dalam bahasa Arab dan pendidikan al-Quran.

Forms 1 to 5, full boarding for boys and girls. KSSM alongside the YAKIN curriculum: religious studies in Arabic and Quran education.

Berdaftar dengan KPMRegistered with MOE Lawati laman webVisit website
Logo Maahad Tahfiz Kiblah

Maahad Tahfiz Kiblah

Tahfiz 1 hingga 4: hafazan 30 juzuk dalam empat tahun bersama asas KSSM. Graduan menerima Sijil Syahadah 30 Juzuk dan SKM Tahap 3 Pengajaran Tahfiz.

Tahfiz 1 to 4: all 30 juz memorised in four years, with core KSSM subjects. Graduates receive the Syahadah 30 Juz and SKM Level 3 in tahfiz teaching.

Berdaftar JAIS: S(010197) KJJAIS registration: S(010197) KJ Lawati laman webVisit website
Logo Sekolah Kiblah, penganjur Sanawi Kiblah

Sanawi Kiblah

Dua semester selepas SPM, diajar sepenuhnya dalam bahasa Arab di bawah seliaan Universiti Islam Madinah. Membuka laluan ke universiti di Arab Saudi dan negara Arab.

Two semesters after SPM, taught entirely in Arabic under the supervision of the Islamic University of Madinah. Opens the way to universities in Saudi Arabia and the Arab world.

Diiktiraf Universiti Islam MadinahRecognised by the Islamic University of Madinah Lawati laman webVisit website
Logo Kolej Profesional Kemahiran Kiblah

Kolej Profesional Kemahiran KiblahKiblah Professional Skills College

Sijil Kemahiran Malaysia dalam Pengajaran Tahfiz, Pentadbiran Pejabat, Elektrik, Kimpalan dan Automotif. Pelatih layak memohon pembiayaan PTPK.

Malaysian Skills Certificates in tahfiz teaching, office administration, electrical, welding and automotive. Trainees can apply for PTPK funding.

Pusat bertauliah JPK: L02721JPK accredited centre: L02721 Lawati laman webVisit website

Juga di bawah naungan YAKINAlso under YAKIN

Kumpulan Pendidikan Kiblah turut merangkumi sekolah rendah, akademi dan pusat bahasa.The Kiblah education group also includes primary schools, academies and a language centre.

Sri KiblahSekolah Rendah Islam di Kota Bharu dan MelakaIslamic primary schools in Kota Bharu and MelakaSri Kiblah Melaka
Akademi Al MukarramahMenaungi Sanawi Kiblah, Sijil Tinggi Agama berasaskan Kurikulum YAKINHome of Sanawi Kiblah, a higher religious certificate based on the YAKIN curriculum
Kiblah Academy of Tadabbur Al-QuranUsaha sama dengan Yayasan IsmailA joint venture with Yayasan Ismail
Pusat Bahasa AntarabangsaPusat bahasa Kumpulan Pendidikan KiblahThe Kiblah group's language centre
Lawati laman web Kumpulan Pendidikan KiblahVisit the Kiblah education group website

Laluan pendidikanEducation pathway

Dari Tingkatan 1 ke universiti di Tanah ArabFrom Form 1 to universities in the Arab world

5 tahun5 years

Tingkatan 1–5Forms 1–5

KSSM bersama Kurikulum YAKIN: hafazan, bahasa Arab dan pengajian agama.KSSM plus the YAKIN curriculum: memorisation, Arabic and religious studies.

Tingkatan 5Form 5

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia, laluan ke IPTA, IPTS dan kerjaya.The national exam, opening public and private universities and careers.

+ 2 semester+ 2 semesters

Sanawi Kiblah

Sepenuhnya dalam bahasa Arab, diselia Universiti Islam Madinah.Taught fully in Arabic, supervised by the Islamic University of Madinah.

SeterusnyaNext

UniversitiUniversity

Arab Saudi dan negara Arab; juga MEDIU, KUIPs, IPTA dan IPTS.Saudi Arabia and Arab countries; also MEDIU, KUIPs and Malaysian universities.

Berbeza daripada STAMHow it differs from STAM

STAM

Berorientasikan Al-Azhar, Mesir; merangkumi balaghah dan mantiq.Oriented to Al-Azhar, Egypt; includes rhetoric (balaghah) and logic (mantiq).

Sanawi Kiblah

Berorientasikan Madinah; tumpuan kepada al-Quran dan Sunnah.Oriented to Madinah; focused on the Quran and Sunnah.

Sijil pengiktirafan Universiti Islam Madinah terhadap silibus Kurikulum YAKIN
Pengiktirafan Universiti Islam MadinahRecognition from the Islamic University of Madinah
Alumni Sanawi Kiblah di hadapan pintu gerbang Universiti Islam Madinah
Alumni Sanawi di Universiti Islam MadinahSanawi alumni at the Islamic University of Madinah

Ketelusan dan tadbir urusTransparency and governance

Setiap ringgit diurus dengan telusEvery ringgit, accounted for

Pendaftaran dan kelulusanRegistrations and approvals
Pendaftaran yayasan (SSM)Foundation registration (SSM)199501012769 (341971-W)
Syarikat awam berhad menurut jaminanPublic company limited by guarantee
Pengecualian cukai LHDN, s.44(6)LHDN tax exemption, s.44(6)LHDN.01/35/42/51/179-6.4482
Diluluskan sejak 1 September 1996; dilanjutkan 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2035Approved since 1 September 1996; extended from 1 January 2026 to 31 December 2035
Maahad Tahfiz Kiblah (JAIS)S(010197) KJ
Kolej kemahiran (JPK)Skills college (JPK)Pusat bertauliah L02721Accredited centre L02721
Sekolah KiblahBerdaftar dengan Kementerian Pendidikan MalaysiaRegistered with the Ministry of Education
DiperbadankanIncorporated28 April 199528 April 1995
  • Akaun rasmi sahaja.Official account only. Semua sumbangan masuk terus ke akaun yayasan, bukan akaun individu.Every donation goes straight to the foundation's account, never an individual's.
  • Dana terikat.Restricted funds. Sumbangan untuk tujuan khusus direkod berasingan dan digunakan untuk tujuan itu sahaja.Gifts for a specific purpose are recorded separately and used only for that purpose.
  • Audit tahunan.Annual audit. Penyata kewangan yayasan diaudit setiap tahun.The foundation's accounts are audited every year.
  • Laporan kepada penderma.Reports to donors. Laporan tahunan tentang pelajar yang ditaja, kemajuan hafazan dan penggunaan dana.An annual report on sponsored students, memorisation progress and use of funds.
  • Perlindungan pelajar dan data.Protecting students and data. Gambar pelajar digunakan dengan persetujuan ibu bapa; data penderma dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.Student photos are used with parental consent; donor data is protected under the Personal Data Protection Act 2010.
  • Dokumen atas permintaan.Documents on request. Sijil pendaftaran, surat kelulusan 44(6) dan penyata kewangan beraudit boleh dikongsi dengan penderma.Registration certificate, 44(6) approval letter and audited accounts are available to donors.

Kehidupan pelajarStudent life

Ilmu, ibadah dan pengalamanLearning, worship and experience

Lihat sendiriSee for yourself

Kemas kini terkini dari kampusLatest from the campus

Ikuti aktiviti harian Maahad Tahfiz Kiblah dan Sekolah Kiblah, terus dari Facebook dan YouTube mereka.Follow daily life at Maahad Tahfiz Kiblah and Sekolah Kiblah, straight from their Facebook and YouTube.

Maahad Tahfiz Kiblah

Memuatkan suapan Facebook…Loading Facebook feed…

Buka di FacebookOpen on Facebook

Sekolah Kiblah

Memuatkan suapan Facebook…Loading Facebook feed…

Buka di FacebookOpen on Facebook

YouTube · Maahad Tahfiz Kiblah

Langgan saluranSubscribe to the channel

Instagram · @maahadtahfizkiblah

Gambar dan video pendek kehidupan pelajar tahfiz.Photos and short videos of tahfiz student life.

Ikuti di InstagramFollow on Instagram

Hubungi kamiContact us

Lawatan kampus dialu-alukanCampus visits are welcome

Untuk tajaan korporat, kertas cadangan atau lawatan ke Kiblah, hubungi pasukan operasi YAKIN. Melihat sendiri ialah cara terbaik untuk mengenali kami.For corporate sponsorship, a proposal or a visit to Kiblah, contact the YAKIN operations team. Seeing it for yourself is the best way to get to know us.

WhatsApp kamiWhatsApp us E-mel kamiEmail us

AlamatAddress
Kompleks Pendidikan YAKIN, Lot 30774, Lorong Sentosa, Jenderam Hulu, Bukit Unggul, 43800 Sepang, Selangor, Malaysia
Telefon pejabatOffice phone
+603-8760 1287
WhatsApp
Pasukan operasiOperations team
Muhammad Zulfikar Azlan bin Mohd Shariff
Ketua Pegawai OperasiChief Operating Officer · +60 14-523 3315
RHB · Yayasan Kebajikan Nusantara212 200 101556 44
SumbangDonate